Gambar
Kanak-kanak
(Klik untuk upload)
Gambar
Penjaga 1
Gambar
Penjaga 2
Gambar
Waris 1
Gambar
Waris 2
(Penjaga Utama = , )
(Penjaga Utama = , )
Sekiranya berlaku sebarang kecemasan, ibu/ bapa kanak-kanak akan dihubungi. Walaubagaimanapun, jika tidak dapat dihubungi, Pihak Kayden akan menghubungi kontak kecemasan yang tertera di bawah:
Ibu bapa adalah bertanggungjawab memastikan anak tiba dan pulang dengan selamat berpandukan perkara-perkara berikut:
Waktu ketibaan dan pulang adalah:
PROGRAM “SOCIAL PLAYGROUND” / “READING + WRITING”
PROGRAM INTENSIF
PROGRAM INTERVENSI AWAL
Ibu bapa dibenarkan menghantar dan mengambil anak dalam tempoh 15 minit awal atau lewat dari masa yang ditetapkan.
Kegagalan mematuhi waktu ketibaan dan pulang ini, ibu bapa boleh dikenakan bayaran denda sebanyak RM 10 bagi setiap 15 minit dan perlulah dibayar kepada guru yang bertugas.
Cuti adalah mengikut kalender tahunan. Pihak Kayden juga mempunyai cuti-cuti tertentu bagi setiap semester yang akan dimaklumkan kepada ibu bapa.
Ibu bapa atau waris adalah bertanggungjawab untuk memaklumkan sebarang ketidakhadiran kepada Pihak Kayden.
Tiada sesi gantian sekiranya anak tidak hadir.
Jika didapati anak tidak sihat, ibu bapa dinasihatkan untuk merehatkan anak dirumah bagi mengawal kesihatan anak dan mengelak penularan penyakit.
Sekiranya ibu bapa bercadang untuk berhentikan anak daripada menerima terapi dan pendidikan bersama Pihak Kayden, notis makluman pemberhentian hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya 60 hari dari tarikh berhenti. Jika notis makluman tidak diberikan, yuran akan dikenakan seperti biasa.
Pihak Kayden juga mempunyai kuasa untuk memberhentikan sebarang perkhidmatan yang diberikan kepada ibu bapa dan anak jika didapati melanggar mana-mana Kod Tingkah Laku yang ditetapkan.
Keselamatan dan keharmonian kanak-kanak, ibu bapa dan kakitangan adalah keutamaan Pusat Kayden. Justeru, setiap kanak-kanak dan ibu bapa hendaklah:
Menghormati premis, peralatan dan harta peribadi.
Menggunakan bahasa yang sopan dan berbudi bahasa kepada orang lain.
Menyelesaikan konflik dengan secara aman dan tertutup.
Menunjukkan tingkahlaku yang boleh membuatkan orang berasa selamat dari sebarang penderaan emosi, lisan dan fizikal.
Menunjukkan rasa hormat kepada kakitangan, ibu bapa serta kanak-kanak lain.
Makanan dan kudapan adalah tidak disediakan di Pusat Kayden. Justeru, ibu bapa perlulah:
Menyediakan makanan dan kudapan sesuai dengan keperluan diet anak.
Makanan yang disediakan mestilah Halal, selamat, dan mengandungi diet yang sihat.
Sekiranya anak mengalami alahan atau mengikuti diet tertentu, sila maklumkan kepada Pihak Kayden bagi tujuan pemantauan.
Ibu bapa bertanggungjawab menyediakan keperluan khas anak secukupnya seperti:
Membekalkan pakaian (baju, seluar, pakaian dalam) lebih.
Menyediakan plastik bagi baju kotor.
Menyediakan tuala bersih.
Setiap barang kepunyaan anak hendaklah dilabel dengan nama bagi mengelak dari tertukar.
Akujanji ini adalah bagi menyatakan persetujuan ibu bapa bagi menyokong dari segi kewangan dengan membuat pembayaran yuran pendaftaran dan bulanan dengan sewajarnya. Kegagalan ibu bapa untuk membuat bayaran boleh mengakibatkan penamatan perkhidmatan serta merta.
Yuran pendaftaran adalah tidak boleh dikembalikan.
Yuran bulanan hendaklah dibayar sebelum 7 haribulan pada setiap bulan.
Kelewatan pembayaran yuran boleh dikenakan penalti sebanyak RM 100 (kelonggaran diberikan dengan budi bicara).
Deposit sebulan adalah diperlukan dan akan di tolak di bulan akhir pembelajaran. Bulan terakhir pembelajaran adalah bulan Disember. Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya ibu bapa berhentikan anak di pertengahan tahun.
Bayaran yuran adalah secara dalam talian kepada akaun rasmi Pusat Kayden sahaja. Resit rasmi akan dikeluarkan sejurus bayaran dibuat.
Bayaran balik tidak akan dibuat untuk Cuti Umum yang diwartakan atau mana-mana hari yang tidak hadir atau cuti semester yang di umumkan.
Bayaran yuran boleh dibuat secara bulanan atau mengikut semester.
Saya dengan ini telah membaca, faham, dan telah mendapat maklumat sewajarnya berkenaan Akujanji Ibu Bapa ini seperti yang dinyatakan.
Tandatangan Ibu/ Bapa/ Penjaga
Tandatangan Ibu/ Bapa/ Penjaga
Tandatangan Pihak Kayden
Dengan ini saya (nama ibu/ bapa/ penjaga) kepada (nama anak)
(No My Kid) BERSETUJU untuk memberi kebenaran kepada Pihak Kayden bagi membawa anak saya mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan sekiranya berlaku sebarang kecederaan yang memudaratkan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Tandatangan:
KAYDEN BY HATCHING - 202401008004 (1553854-P)
PT 8013, Tingkat 1&2, Bandar Satelit Pasir Tumboh,
16150 Kota Bharu, Kelantan
Dengan ini saya (nama ibu/ bapa/ penjaga) kepada (nama anak)
(No My Kid) BERSETUJU untuk memberi kebenaran kepada Pihak Kayden bagi mengambil gambar dan video anak saya dengan tujuan yang berikut:
Arahan: Tanda (/) sekiranya BERSETUJU dan tanda (X) sekiranya TIDAK BERSETUJU.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Tandatangan:
KAYDEN BY HATCHING - 202401008004 (1553854-P)
PT 8013, Tingkat 1&2, Bandar Satelit Pasir Tumboh,
16150 Kota Bharu, Kelantan